Perkataan ‘Sunda’ bermaksud kepantasan pergerakan permainan pencak silat itu sendiri dan juga isi pukulan yang mempunyai rahsia tersendiri.
Sunday 16 May 2010
PENGASAS PERSATUAN PENCAK SILAT SUNDA ASLI
Nama : Allahyarham Tuan Haji Ayun Bin Jawahir (1940 – 2008)
Tarikh Lahir : 10 Januari 1940
Tempat Lahir : Kampung Parit Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Mula Menceburi bidang persilatan : Ketika berusia 14 tahun
Gelanggang pertama yang beroperasi : 1962 (Kampung Parit Sempadan)
Gelanggang yang beroperasi sehingga kini : 1. SMK. Dato’ Seth, Yong Peng, Johor.
2. SMK. Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat.
3. Unversiti Tun Hussein Onn
Jawatan yang telah disandang : 1. Pengerusi Rakan Wajadiri Parlimen Sri Gading
2. Setiausaha JKKK Kawasan Kampung Parit Sempadan
3. AJK Biro Kebudayaan Parlimen Sri Gading
4. Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan Mukim 8, BAtu Pahat.
5. Imam Masjid Kampung Parit Sempadan, Parit Raja.
PERSATUAN PENCAK SILAT SUNDA ASLI
Lipatan Sejarah
Asal Usul Pencak Silat Sunda Asli
Menyingkap kembali sejarah awal bagaimana “Silat Sunda Asli” kewujudannya dimana ianya berasal dari tanah
Apabila sampai di Tanah Melayu, beliau bersama rakan-rakannya yang lain membuka penempatan baru di Tanah Melayu iaitu dinegeri Johor dan membina sebuah kampung yang dikenali sehingga kehari ini sebagai Kampung Parit Sempadan yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lama mendirikan rumahtangga, Allahyarham Bapak Guru Mendapat cahayamata lelaki yang ke
Perkataan ‘Sunda’ berasal daripada nama sebuah tempat di Tanah Jawa iaitu asal usul ilmu persilatan ini wujud. Selain daripada itu, perkataan ‘Sunda’ bermaksud kepantasan pergerakan permainan pencak silat itu sendiri dan juga isi pukulan yang mempunyai rahsia tersendiri.
Bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, Allahyarham Tuan Haji Ayun turut menuntut ilmu persilatan dengan beberapa orang guru silat yang lain seperti Allahyarham Tuan Haji Ismail. Allahyarham mula membuka gelanggang yang pertama ketika berusia 22 tahun iaitu di Kampung Parit Sempadan, Parit Raja. Sepanjang hayat beliau, beliau telah membuka lebih 50 gelanggang terutama di daerah Batu Pahat dan Pontian. Beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Disember 2008 pada usia 68 tahun dan meninggalkan 3 orang anak iaitu Mohd. Azahar 42 tahun (guru SK. Jelutong), Norizan 36 tahun (Guru Pra Sekolah di Johor Bahru) dan Azman 32 tahun (guru SK Kampung Kudong).
Sehingga ke hari ini, Pencak Silat Sunda Asli sudah mempunyai keahlian yang cukup ramai dan usaha-usaha untuk memperkembangkannya diteruskan oleh anak bongsu beliau iaitu Azman Bin Ayun dalam meneruskan perjuangan mengekalkan ilmu persilatan yang telah tercipta oleh generasi terdahulu untuk terus dipelajari pada masa akan datang.