Sunday 16 May 2010

PENGASAS PERSATUAN PENCAK SILAT SUNDA ASLI

Nama : Allahyarham Tuan Haji Ayun Bin Jawahir (1940 – 2008)

Tarikh Lahir : 10 Januari 1940

Tempat Lahir : Kampung Parit Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Mula Menceburi bidang persilatan : Ketika berusia 14 tahun

Gelanggang pertama yang beroperasi : 1962 (Kampung Parit Sempadan)

Gelanggang yang beroperasi sehingga kini : 1. SMK. Dato’ Seth, Yong Peng, Johor.

2. SMK. Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat.

3. Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat.

Jawatan yang telah disandang : 1. Pengerusi Rakan Wajadiri Parlimen Sri Gading

2. Setiausaha JKKK Kawasan Kampung Parit Sempadan

3. AJK Biro Kebudayaan Parlimen Sri Gading

4. Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan Mukim 8, BAtu Pahat.

5. Imam Masjid Kampung Parit Sempadan, Parit Raja.

PERSATUAN PENCAK SILAT SUNDA ASLI

Lipatan Sejarah

Asal Usul Pencak Silat Sunda Asli

Menyingkap kembali sejarah awal bagaimana “Silat Sunda Asli” kewujudannya dimana ianya berasal dari tanah Jawa, Indonesia. Ianya dibawa oleh Allahyarham Bapak Guru Jawahir Bin Sedawi Keromo pada tahun 1930 an. Beliau mempelajari ilmu persilatan ini daripada dua orang guru sebelum berhijrah ke tanah melayu iaitu seorang guru agama dan guru wirid. Beliau mempelajari ilmu persilatan daripada kedua-dua orang guru ini siang dan malam sehinggalah tamat seterusnya berhijrah ke tanah melayu dan berkahwin dengan gadis tanah Jawa iaitu Allahyarhamah Saerah Binti Maryo. Allahyarham Bapak guru Jawahir berjaya menamatkan pembelajarannya bersama dua orang guru terbabit ketika berusia 25 tahun.

Apabila sampai di Tanah Melayu, beliau bersama rakan-rakannya yang lain membuka penempatan baru di Tanah Melayu iaitu dinegeri Johor dan membina sebuah kampung yang dikenali sehingga kehari ini sebagai Kampung Parit Sempadan yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Setelah lama mendirikan rumahtangga, Allahyarham Bapak Guru Mendapat cahayamata lelaki yang ke lima iaitu Alahyarham Tuan Haji Ayun Bin Jawahir. Beliau menurunkan ilmu persilatan yang dipelajari semasa di Tanah Jawa. Setelah Allahyarham Tuan Haji Ayun berjaya menamatkan ilmu persilatan tersebut maka bermulalah perluasan kesenian warisan Silat Sunda Asli diserata daerah Batu Pahat dan Pontian di kembangkan.

Perkataan ‘Sunda’ berasal daripada nama sebuah tempat di Tanah Jawa iaitu asal usul ilmu persilatan ini wujud. Selain daripada itu, perkataan ‘Sunda’ bermaksud kepantasan pergerakan permainan pencak silat itu sendiri dan juga isi pukulan yang mempunyai rahsia tersendiri.

Bagi menambahkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, Allahyarham Tuan Haji Ayun turut menuntut ilmu persilatan dengan beberapa orang guru silat yang lain seperti Allahyarham Tuan Haji Ismail. Allahyarham mula membuka gelanggang yang pertama ketika berusia 22 tahun iaitu di Kampung Parit Sempadan, Parit Raja. Sepanjang hayat beliau, beliau telah membuka lebih 50 gelanggang terutama di daerah Batu Pahat dan Pontian. Beliau meninggal dunia pada tanggal 14 Disember 2008 pada usia 68 tahun dan meninggalkan 3 orang anak iaitu Mohd. Azahar 42 tahun (guru SK. Jelutong), Norizan 36 tahun (Guru Pra Sekolah di Johor Bahru) dan Azman 32 tahun (guru SK Kampung Kudong).

Sehingga ke hari ini, Pencak Silat Sunda Asli sudah mempunyai keahlian yang cukup ramai dan usaha-usaha untuk memperkembangkannya diteruskan oleh anak bongsu beliau iaitu Azman Bin Ayun dalam meneruskan perjuangan mengekalkan ilmu persilatan yang telah tercipta oleh generasi terdahulu untuk terus dipelajari pada masa akan datang.